Teroris Bahasa adalah karya Saharil yang pernah diterbitkan dalam New Malaysian Essays Volume 1 pada tahun 2008, kini dikemaskini dengan perkembangan terbaharu untuk 2020. Buku ini mengisahkan tentang evolusi bahasa, tentang lidah penutur yang membentuk hala tuju bangsa, tentang kematian tamadun dan budaya, diselang selikan dengan 26 mukasurat ilustrasi.
Teks asal buku ini telah dianugerahkan Hadiah Khas Juri Selangor Young Talents Award ketika ia mula-mula diterbitkan, dicanang sebagai sangat bagus sehingga memukul semua esei yang lain oleh majalah Komikoo, mencipta watak Clementino Kulup yang viral di media sosial satu masa dahulu (ketika itu ‘istilah viral di media sosial’ pun belum wujud), dan pernah diadaptasi dan dipentaskan di Universiti Malaya.